Filem Komedi Terbaik: PISAU CUKUR  

Posted by Studions Production in ,



Tanggapan pertama saya terhadap filem ini memang jauh berbeza pada permulaannya. Mula-mula tengok poster memang nampak biasa-biasa je tp jelas konsep urban cuba disampaikan. Saya mengajak sepupu untuk menonton filem ini kerana ingin menyokong industri filem melayu selain tarikan dari Teaser filem tersebut di TV.

Paling mengujakan penonton diberikan hadiah menarik dari penaja filem tersebut iaitu pisau cukur. Pertama kali saya mendapat hadiah sebegitu untuk menonton filem. Hadiah seperti itu amat menarik walaupun pisau cukur adalah perkara yang sangat biasa dengan golongan lelaki namun ia amat dihargai.

Bila filem mula ditayangkan, saya rasa cukup seronok menghayati jalan ceritanya sehingga tak sedar filem itu hampir ke penghujung. Secara keseluruhan filem ini adalah filem komedi berkonsep urban yang terbaik tahun 2009 ini. Rugi tak tonton filem Pisau Cukur ini.

Saya bagi 4 bintang untuk Filem Pisau Cukur ini. Tahniah kepada semua yang terbabit dalam pembikinan filem tersebut.File ini menampilkan Maya Karin, Fazura, Umi Aida, Dato’ Rahim Razali, Aoron Aziz dan ramai lagi.

PERADUAN LANGGAN DAN MENANG  

Posted by Studions Production in , ,



Syarat-syarat penyertaan:

  1. Umur 18 tahun ke atas.
  2. Bakal pengantin sahaja.
  3. Melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa sahaja.
  4. Peserta mesti melanggan pakej fotografi terlebih dahulu dari studio inspirasi ns sahaja.
  5. Pakej yang layak untuk penyertaan adalah Package EXCLUSIVE MATRIX dan Package EXCLUSIVE SILVER sahaja.
  6. Senarai pakej boleh request di http://studiopages.net/pakej
  7. Langganan pakej tersebut mesti disertakan dengan deposit sebanyak RM300 beserta bukti pembayaran.
  8. Kemudian borang penyertaan akan diberikan melalui email kepada peserta yang layak.
  9. Pertandingan dijalankan secara elektronik atau online sahaja.
  10. Borang penyertaan disediakan secara elektronik atau online sahaja.
  11. Borang yang lengkap diisi sahaja akan diterima.
  12. Peserta yang menarik diri semasa penyertaan dianggap batal dan deposit tidak akan dipulangkan atau hangus.
  13. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
  14. Penganjur berhak menukar warna dan design produk hadiah tersebut pada bila-bila masa sahaja diatas sebab tertentu tanpa notis tetapi penganjur tetap mengekalkan jenis hadiah tersebut iaitu sofa berbentuk L.
  15. Hadiah tersebut tidak termasuk kos penghantaran.
  16. Pemenang mesti menuntut hadiah tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh 1 minggu selepas pemenang diumumkan.
  17. Tempoh peraduan bermula dari 1 Disember 2009 sehingga 31 Mac 2010.
  18. Penganjur berhak melanjutkan tempoh peraduan diatas permintaan ramai dan notis akan diberikan kepada para peserta.
  19. Pengadilan dijalankan dengan memilih penyertaan yang memberikan jawaban yang tepat, lengkap dan slogan terbaik sahaja.
  20. 30 penyertaan yang terbaik kemudian akan menjalani proses cabutan bertuah untuk menentukan pemenang.
  21. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan selepas pengumumam para pemenang.
CEPAT!! sertai peraduan ini. Sungguh mudah. Selagi peluang masih ada kepada bakal pengantin dan tidak perlu beli sofa lagi untuk melengkapkan kelengkapan rumah.

Filem Terbaru-2012  

Posted by Studions Production in , , , , , ,



Pasti ramai yang tertunggu-tunggu filem besar yang menggunakan sepenuhnya teknologi CGI dari hollywood. Filem yang memaparkan bencana alam yang mencetuskan kiamat dan dipercayai ramalan tersebut berdasarkan prediction Mayan people. Diarahkan oleh Roland Emmerich yang mampu mencetuskan ketakutan seluruh umah manusia.

Namun sebagai umat islam kita tidak seharusnya terlalu taksub dengan filem tersebut dan anggaplah ia sebagai hiburan semata-mata. Samada betul atau tidak jangkaan itu hanya tuhan yang maha esa mengetahuinya.