Filem Komedi Terbaik: PISAU CUKUR  

Posted by Studions Production in ,



Tanggapan pertama saya terhadap filem ini memang jauh berbeza pada permulaannya. Mula-mula tengok poster memang nampak biasa-biasa je tp jelas konsep urban cuba disampaikan. Saya mengajak sepupu untuk menonton filem ini kerana ingin menyokong industri filem melayu selain tarikan dari Teaser filem tersebut di TV.

Paling mengujakan penonton diberikan hadiah menarik dari penaja filem tersebut iaitu pisau cukur. Pertama kali saya mendapat hadiah sebegitu untuk menonton filem. Hadiah seperti itu amat menarik walaupun pisau cukur adalah perkara yang sangat biasa dengan golongan lelaki namun ia amat dihargai.

Bila filem mula ditayangkan, saya rasa cukup seronok menghayati jalan ceritanya sehingga tak sedar filem itu hampir ke penghujung. Secara keseluruhan filem ini adalah filem komedi berkonsep urban yang terbaik tahun 2009 ini. Rugi tak tonton filem Pisau Cukur ini.

Saya bagi 4 bintang untuk Filem Pisau Cukur ini. Tahniah kepada semua yang terbabit dalam pembikinan filem tersebut.File ini menampilkan Maya Karin, Fazura, Umi Aida, Dato’ Rahim Razali, Aoron Aziz dan ramai lagi.

This entry was posted on Tuesday, November 17, 2009 at Tuesday, November 17, 2009 and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .
blog comments powered by Disqus